Aksi grand final Toyota Gazoo Racing E-Racing Championship menyaksikan Taj Izrin Aiman Taj Madira dinobatkan juara keseluruhan untuk kejayaan edisi kelima berturut- turut, manakala kedudukan proclass pula, Nabil Azlan bukti kehebatan dengan menduduki takhta.
Sempat berbual dengan dua individu hebat ini di studio Nadi Arena pada Khamis, 16 Oktober lepas, mereka kongsikan serba sedikit mengenai kehidupan mereka di sebalik perlumbaan E-Racing.
Taj nyatakan minatnya muncul sejak kecil lagi apabila kerap dibawa bapanya ke trek Sepang untuk mendekati sukan empat roda ini, sementara Nabil pula seperti seorang yang saya kenali, tetapi tidak pasti dari mana.
“Oh abang saya Naquib Azlan, dia pernah datang sini juga”, ujarnya bila ditanya why do you seem so familiar?
Patutlah hebat, dah genetik mereka memang jiwa pelumba!
Mereka bercerita mengenai perlumbaan yang mereka lalui, namun saya tertarik dengan pusingan Grand Turismo yang disebutkan.
“So, siapa Orlando Bloom korang?”, sempat saya bertanya sebelum siaran langsung kami bermula.
“Huh?”
“Orlando Bloom, macam movie Gran Turismo tu!”
Baru mereka faham apa yang dimaksudkan. Pada tahun 2023, sebuah filem bertajuk Gran Turismo tentang Jann Mardenborough yang memulakan karier sebagai pelumba sim sebelum beralih arah menjadi pelumba professional F3 raih populariti di kalangan penggemar filem.
Untuk Nabil dan Taj, rasanya perjalanan mereka takkan serumit watak filem ini kot sebab selain E-Racing, mereka juga cekap dalam perlumbaan di litar sebenar. Kak Dayang tunggu je movie korang keluar satu hari nanti!