RENCANA
Dari Michigan ke Perth untuk ke Kuala Lumpur 2017
Waktu sebelum bahang sebenar Sukan Sea berkunjung 19 Ogos ini, saya masih berkesempatan untuk berbicara dengan atltt yang dalam persiapan fasa akhir.
Liputan pagi Selasa membawa saya ke Pusat Tenis Jalan Duta dengan pandangan terus terpaku kepada pemain tenis negara yang berpangkalan di Michigan, Amerika Syarikat -- Aslina Chua.
Perbualan dengan Aslina menyerlahkan perbezaan ketara seorang atlet yang berinteraksi dengan persekitaran asing untuk tempoh berpanjangan.
Iklan
Lima tahun di sana, termasuk di Florida sebelumnya, Aslina berkogsi pandangan mengapa dia berupaya mengimbangi kerjaya sebagai atltt dan penuntut di Michigan State University.
Usah terkejut jika satu hari nanti,dia kembali ke tanah air sebagai Dr.Aslina, pakar bedah.
Liputan pada sebelah petang pula menghampirkan saya dengan hembusan angin dari Perth, Australia dalam bentuk ratu renang terbuka negara, Heidi Gan.
Saya mula sedar siapa Heidi ketika kempen sulung saya di Sukan Sea, Jakarta 2011 tetapi tidak berpeluang untuk bertemu dengannya, dengan penghormatan itu menjadi milik Penerbit Nadi Arena, Lukman Salleh.
Pada 2016, kami berada sama di Olimpik Rio tetapi takdir tetap mencemburui kami kali ini, rakan setugas, Bazly Azmi, lebih pantas mendapatkan reaksi dia di sana.
Atas dasar itu, satu penghormatan untuk akhirnya dapat berbicara dengan Heidi, kini juara Asia, menjelang persiapannya untuk memastikan mahkota Ratu Asia Tenggara kekal miliknya.
Seperti jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, yang turut bepangkalan di luar negara, segala keselesaan tanah air tercinta, rebutlah peluang untuk menyaksikan dan memberikan sokongan kepada mereka.
Kalau ada kesempatan untuk berbicara dengan mereka, jangan lepaskan pengalaman yang akan membuka minda anda sebagai peminat sukan tanah air.
Must-Watch Video