Dalam kelebihan, saya juga ada kelemahan

Syen Yeoh
Disember 2, 2023 16:42 MYT
Berkecimpung dalam dunia sukan hampir seumur hidup, sudah tentu saya lebih dekat dengan atlet.
Mana tidaknya, saya mengenali hampir semua atlet sepanjang penglibatan saya dalam sukan sejak kecil, saya juga melalui apa mereka lalui.
Tetapi tugas wartawan tidak boleh dipengaruhi oleh watak dan pemahaman atlet.
Tidak semua alasan boleh diterima dalam kesilapan dan kegagalan mencapai sasaran tidak selalu boleh ditepikan dengan raungan kesedihan.
Ia bukan mudah untuk hadap dengan hati kental apabila menemubual atlet dalam keadaan kecewa, lebih sukar saya nak abaikan "sahabat sendiri" yang berkongsi kesedihan.
Saya juga beremosi dan empati kerana pernah melalui pengalaman sama, saya bersorak gembira meraikan kejayaan, berasa marah terhadap ketidakadilan, mengalirkan air mata melihat impian tidak kesampaian bersama atlet.
Tetapi saya juga perlu bersifat profesional menjalankan tugas sebagai wartawan sukan.
Kini saya berusaha letakkan sempadan, jadi 2 dalam 1, bukan "cham" gitu!
Pesanan buat diri sendiri, menjaga hubungan baik dengan mereka, dalam masa sama menjalankan tugas secara profesional.
;