Gelaran sebagai juara kebangsaan mungkin tidak segah juara kejohanan antarabangsa, namun ia cukup penting untuk setiap pemain negara. Status sebagai juara kebangsaan itu boleh disama erti sebagai nombor satu Malaysia.
Kejohanan Badminton Kebangsaan 2019 baru sahaja melabuhkan tirai kelmarin. Ada beberapa muka baru yang ditabalkan dengan gelaran itu, tidak kurang ada yang berjaya merampas semula gelaran selepas kemarau beberapa tahun.
Antaranya, Soo Joo Ven bagi acara perseorangan lelaki. Meskipun kemenangannya hadir selepas lawan, Leong Jun Hao, menarik diri, dia masih boleh berbangga dengan perjalanannya bagi saingan kali ini dengan mengambil kira faktor tahun lalu yang menyaksikannya beraksi buruk dan tersingkir dalam pusingan kedua.
Malang buat bekas juara kebangsaan edisi 2016 dan 2017 itu apabila dia masih lagi hilang punca dalam gelanggang, biarpun ini mungkin peluang terbaiknya untuk merampas gelaran itu setelah penyingkiran pilihan utama, Lee Zii Jia,d alam pusingan kedua.
Perkembangan menarik juga dalam saingan beregu wanita apabila Anna Cheong dan Lim Siew Chien yang baru sahaja dua bulan digandingkan mampu untuk muncul sebagai pemenang.
Biarpun tanpa kelibat pemain utama seperti Vivian Hoo/Yap Cheng Wen dan Chow Mei Kuan/Lee Meng Yuen, setidak-tidaknya kejayaan mereka bakal memberi pilihan buat ketua jurulatih, Rosman Razak, untuk diketengahkan dalam saingan utama.
Dalam saingan beregu lelaki, ringkasan kepada penonton yang hadir ke Arena Badminton Perak, anda telah pun dihidangkan dengan aksi bertaraf dunia membabitkan tiga pasangan utama, Goh V Shem/Tan Wee Kiong, Teo Ee Yi /Ong Yew Sin serta Aaron Chia/Soh Wooi Yik.
Lihat sahaja pungutan mata untuk perlawanan membabitkan mereka, khususnya pertembungan separuh akhir V Shem/Wee Kiong dan Ee Yi/Yew Sin 13-21 27-25 24-22. Ia menjadi motivasi terbaik buat Ee Yi-Yew Sin yang akhirnya merangkul kembali kejuaraan selepas 2016, selain menamatkan badi empat pertemuan dengan V Shem/Wee Kiong.
Untuk gandingan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, di sebalik mereka berjaya mengulangi kejayaan lapan tahun lalu menjadi juara kebangsaan apabila membuktikan mereka masih yang terbaik di dalam negara.
Skuad beregu campuran negara kini mempunyai beberapa gandingan yang baik di bawah kendalian Pang Cheh Chang dan Chin Ee Hui, biarpun di kejohanan ini mereka membuat pertukaran pasangan dengan menggandingkan pemain senior dan pelapis sebagai pendedahan untuk menghadapi Piala Tong Yun Kai, Mac depan.
Sementara itu, yang terakhir, dalam saingan perseorangan wanita membabitkan Goh Jin Wei. Dia seharusnya memenangi kejohanan kali ini berdasarkan ranking dan prestasi semasa, namun ia hanyalah ramalan di atas kertas. Ternyata juara bertahan, Soniia Cheah, membuktikan kehadirannya tidak harus dipandang mudah dan masih lagi yang terbaik di Malaysia.
Itu merupakan coretan untuk aksi tahun ini, bagaimana pula cerita untuk aksi tahun depan?