Skip to main content

Rencana

Corat-coret Piala Dunia Russia 2018 bersama Dayang (bhg 3)

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

25417lionelmessi2_1.jpg
Saingan Piala Dunia 2018 sudah memasuki pusingan 16 di mana pasukan yang berada di tangga pertama dan kedua setiap kumpulan layak ke peringkat seterusnya. Seperti biasa, ada beberapa babak yang berjaya mencuri tumpuan Dayang.

Sumpahan Sang Juara

Siapa menyangka bahawa Jerman benar-benar tersingkir di peringkat kumpulan sama seperti nasib juara Piala Dunia 1998 (Perancis) tersingkir di peringkat kumpulan pada 2002, juara 2006 (Itali) tersingkir pada 2010 dan juara 2010 (Sepanyol) tersingkir pada 2014.

Tambah menghampakan, apabila Die Mannschaft tumbang 2-0 di tangan Korea Selatan. Sumpahan Sang Juara nampaknya begitu menghantui Jerman yang memang dari perlawanan pertama lagi sudah tumbang kepada Mexico sebelum menang 2-1 berdepan Sweden. Kepada skuad Jerman, kekalahan ini adalah satu amaran kepada mereka untuk kembali bangkit semula di saingan 2022.

Argentina buat Dayang Menangis

Pada ketika Argentina berjaya layak ke pusingan 16 terbaik hasil gol lewat Marcos Rojo  dibantu oleh tumbangnya Iceland kepada Croatia, Dayang begitu gembira biarpun Argentina selaku pasukan di tempat kedua diundi bertemu pasukan Perancis.

Dayang begitu yakin anak-anak buah Jorge Sampaoli mampu mencipta kemenangan berdepan Les Blues. Namun kekalahan 4-3 begitu dirasai seluruh peminat Argentina dan Dayang seakan tidak percaya Argentina sudah ditunjukkan jalan keluar untuk Piala Dunia kali ini. Bagaimanapun, Lionel Messi tidak keseorangan apabila seterunya, Cristiano Ronaldo, juga pulang awal apabila Portugal tumbang kepada Uruguay.

Rekod baru

Selain dari itu, Dayang turut mahu berkongsi beberapa fakta menarik sepanjang Piala Dunia yang sedang berlangsung. Kylian Mbappe yang meledakkan dua gol berdepan Argentina merupakan pemain muda kelima  yang menjaringkan lebih dari satu gol dalam satu perlawanan. Pemain terakhir yang melakukannya adalah Pele pada 1958. Pepe pula muncul pemain tertua Portugal yang menjaringkan gol pada usia 35 tahun 124 hari.

Setakat itu sahaja yang dapat Dayang kongsikan, diharapkan akan ada lebih banyak drama dan aksi menarik yang dipamerkan oleh kesemua pasukan yang bertanding. Argentina dah tersingkir, Dayang nak sokong pasukan mana ni?

Advertisement

Must Watch Video