Bermula pada 14 Jun lalu, kini saingan Piala Dunia Russia 2018 sudah pun memasuki peringkat separuh akhir.
Empat pasukan dari Eropah, iaitu Perancis, Belgium, England dan Croatia membuktikan bahawa edisi kali ini tiada wakil dari benua lain seperti Asia mahupun Amerika Selatan di peringkat separuh akhir.
Croatia Mampu Lakar Kejutan
Dayang pasti bahawa Perancis, Belgium dan England diberikan harapan untuk mara sejauh ini, namun kelibat Croatia adalah sesuatu yang mengejutkan bagi Dayang.
Prestasi cemerlang Croatia bermula di peringkat kumpulan lagi apabila menumbangkan finalis 2014 Argentina selain mengenepikan cabaran Nigeria dan Iceland. Dalam pusingan 16, Croatia terpaksa berhempas pulas menidakkan cabaran Denmark sebelum menewaskan tuan rumah, Russia, menerusi penentuan penalti. Dayang percaya ada ‘tuah’ yang mengiringi Luka Modric dan rakan-rakan apabila beraksi di atas padang. Adakah England akan menjadi mangsa terbaru mereka?
Paul Pogba
Menerusi laman twitternya, bintang Les Blues, Paul Pogba mendedikasikan kejayaan Perancis mara ke final Piala Dunia Russia 2018 kepada 12 kanak-kanak yang terselamat dalam insiden terperangkap di dalam gua di Thailand. 13 individu termasuk 12 pemain dan seorang jurulatih daripada pasukan bola sepak remaja Mu Pa yang terperangkap di dalam gua Tham Luang di wilayah Chiang Rai, utara Thailand sejak 23 Jun lalu berjaya diselamatkan.
Dayang difahamkan pihak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mahu membawa kesemua mangsa menyaksikan aksi final namun perkara itu tidak dapat dilakukan atas faktor kesihatan. Tapi sama-samalah kita nantikan, mana tahu akan ada kejutan pada aksi final nanti.
Ranking FIFA
Percaya atau tidak, kedudukan ranking FIFA dari nombor satu hingga lima dihuni oleh pasukan yang sudah pun tersingkir dalam Piala Dunia. Jerman, Brazil, Belgium, Portugal dan Argentina kesemua mereka telah pulang ke negara masing-masing. Paling mengecewakan sudah tentu Jerman yang tersingkir di peringkat kumpulan selain prestasi terumbang-ambing Portugal dan Argentina. Dayang pasti apabila berakhirnya Piala Dunia nanti, akan ada pasukan baru yang menghuni kedudukan lima terbaik ranking FIFA.
Dengan aksi final akan berlangsung pada 15 Julai ini, semua peminat bola sepak pasti mengharapkan satu aksi yang menarik dan menghiburkan dipamer oleh kedua-dua finalis.
Apatah lagi, kami semua peminat bola sepak perlu menunggu empat tahun lagi untuk merasai kehangatan Piala Dunia yang dijangka akan berlangsung di Qatar. Piala Dunia Rusia 2018 pastinya meninggalkan kenangan manis kepada pemain, pengurus, peminat dan siapa sahaja yang mencintai sukan bola sepak.