Skip to main content

Rencana

Corat Coret Piala Dunia Russia 2018 bersama Dayang (bahagian 1)

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo.jpg
Sejak bermulanya Piala Dunia Rusia 2018 lebih kurang seminggu yang lalu, terlalu banyak isu, gosip dan juga perkhabaran yang hangat diperkatakan terutama sekali di media sosial. Antara begitu banyak isu, Dayang tertarik untuk mengupas beberapa topik yang popular sepanjang demam Piala Dunia 2018.

Russia Lain Macam

Siapa sangka, tuan rumah Rusia merupakan pasukan pertama yang melangkah ke pusingan kalah mati dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah bola sepak Rusia, mereka berjaya melepasi peringkat kumpulan. Kemenangan dalam perlawanan pertama ke atas Arab Saudi dengan keputusan 5-0 merupakan jaringan terbesar setakat ini. Dayang juga percaya,  pemain Rusia yang sedang menyinar,  Aleksandr Golovin pastinya sedang diintai kelab utama dunia berdasarkan prestasi terbaik yang dipamerkan.

Kasut Emas

Senarai penjaring terbanyak kini sedang dipimpin Cristiano Ronaldo yang meledakkan hatrik sewaktu berdepan Sepanyol. Walaubagaimanapun, Ronaldo turut diekori rapat oleh pemain tengah Rusia, Denis Cheryshev juga dengan tiga gol. Turut berada dalam senarai penjaring adalah penyerang di liga utama Eropah seperti Harry Kane, Romelu Lukaku, Diego Costa, dan penyerang Zenit St Petersburg, Artem Dzyuba yang berkongsi jumlah jaringan dua gol. Dengan pertandingan baru sahaja tamat perlawanan pertama peringkat kumpulan, Dayang percaya lebih banyak gol akan terhasil nanti.

Ketepatan Keputusan

Penggunaan sistem Video bantuan Pengadil (VAR) ternyata amat membantu dalam menghasilkan keputusan yang tepat. Beberapa isu seperti kekasaran mahupun terjahan yang gagal dilihat jelas oleh pengadil berjaya dibantu dengan adanya VAR. Paling menarik perhatian Dayang adalah betapa cepatnya keputusan mampu dibuat tanpa perlu mengganggu tempo permainan.

Tatkala aksi peringkat kumpulan memasuki perlawanan kedua, Dayang mengharapkan pasukan gergasi seperti Brazil, Argentina dan Jerman mampu kembali bangkit untuk menambah kehangatan Piala Dunia Rusia 2018.

Bersambung….

Advertisement

Must Watch Video