Skip to main content

Rencana

Cerita raya Dayang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dayang.jpg
Hi Semua ! 

Pertama sekali Dayang nak ucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir & Batin kepada semua peminat sukan di Malaysia. Dayang nak bagitahu, Dayang hargai segala sokongan dan kritikan membina sepanjang berada dalam industri sukan tanah air.


Seperti yang kita semua tahu, suasana sukan di Malaysia sedikit murung bermula pada Mac lalu selepas pihak kerajaan melaksanakan PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan) yang secara tidak langsung menjejaskan semua aktiviti sukan di Malaysia. Secara tidak langsung, kami di Astro Arena turut merasai tempiasnya kerana kurang pendedahan dengan aktiviti atlet-atlet selain arahan kerja berjadual bagi mengurangkan pengumpulan beramai-ramai.

Namun, Dayang dan rakan-rakan seperti Burn, Azlan Mubin & Abg Botak sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk memberikan pengisian bermanfaat kepada peminat sukan tempatan. Dengan kemajuan teknologi semasa, Astro Arena telah menyediakan beberapa rancangan secara atas talian, khas buat peminat sukan tanah air.



Antaranya, Radio Ga Ga (Isnin 3ptg) bual bicara santai secara atas talian di antara Azlan Mubin, Burn , Abg Botak dan Dayang sendiri. Lagi satu, dah tengok belum "Siapa Terer?", soal jawab ringkas Dayang bersama dua atlet pilihan. Terbaru Dayang bersoal jawab dengan bekas duo berbisa Perak dan Malaysia, Khalid Jamlus dan V. Saravanan. :)

Setiap Rabu, Khamis dan Jumaat jam 3ptg juga di FB Live Astro Arena kami menyediakan pengisian buat peminat yang boleh berinteraksi secara langsung di atas talian 03-77850801 bersama personaliti Astro Arena.



Okay cukuplah tu pasal kerja... 

Secara peribadi, suasana berhari raya pada tahun ini persiapan Dayang sederhana sahaja. Macam biasa, adalah baju raya sepasang dua untuk dipakai bersama keluarga, aktiviti mengemas rumah dan juga berbuka puasa setiap hari di rumah sahaja. Al-maklumlah PKP kan, tak boleh pergi kemana-mana. Cuma dihati terdetik rasa rindu terhadap saudara yang berada di Kuching, dah lama rasanya tak hirup udara segar ibu kota Sarawak :(

Tapi kan.. bab memasak Dayang tak boleh nak bantu sangat tahun ini. Deria bau Dayang sedikit sensitif, pembawakan budak barangkali.. hehe...

Kehadiran nyawa baru dalam diri ni sebenarnya yang membawa kebahagiaan dan kegembiraan pada suasana raya kali ini, disamping suami dan ibu bapa yang selalu menemani.

Kadang-kadang rasa macam tak percaya pula dah berbadan dua. Cepat sungguh masa berlalu. Terkenang 10 tahun lalu sewaktu Dayang baru sertai Astro Arena sebagai pekerja sambilan, kemudian menjadi "gadis ipad", lepas tu jadi "gadis sideline" di tepi padang stadium, sehingga sekarang pun masih bersama Astro Arena.

Kepada semua peminat sukan, raya nanti jangan makan rendang banyak sangat, jaga kesihatan dan stay safe okay? Kita jaga kita. Semoga industri sukan negara kembali pulih dengan segera! Tak sabar nak tengok sukan bola sepak, sepak takraw, badminton dan lain-lain kembali berlangsung.

Selamat Hari Raya Semua! :)

Advertisement

Must Watch Video