Setelah beberapa bulan lalu, spekulasi tentang penyertaannya ke WWE menjadi tajuk utama tanpa sebarang pengesahan daripada kedua-dua pihak. Akhirnya, segala persoalan terungkai apabila Ronda Rousey membuat kemunculan mengejut di penutup acara WWE Royal Rumble, semalam.
Jangkaan yang Ronda akan menyertai perlawanan Royal Rumble pertama melibatkan penggusti wanita juga meleset apabila sehingga tempat ke 30, tiada nama bekas Juara Bantamweight UFC ini kelihatan, menyebabkan para peminat WWE Universe terus menggumam kekecewaan.
Rupanya Ronda mempunyai perancangan yang lebih bernas daripada sekadar menyertai perlawanan Royal Rumble. Ketika Asuka selaku pemenang ingin meraikan kemenangannya bersama Juara Wanita Raw, Alexa Bliss dan Juara Wanita Smackdown, Charlotte Flair di atas gelanggang, titantron terpampang besar nama wanita jaguh senibela diri campuran (mixed martial arts) ini dengan lagu temanya yang tersendiri.

Dengan senyuman manis bertemankan tshirt tribute kepada mendiang Rowdy Roddy Piper, Ronda berjalan masuk menuju ke gelanggang sehingga mendatangkan rasa curiga kepada Asuka, Alexa dan Charlotte. Sebaik sahaja melangkah ke dalam, Ronda tanpa segan silu terus mengangkat telunjuknya ke logo Wrestlemania, memberi isyarat yang dirinya ingin turut serta dalam acara terbesar tahunan WWE itu.
Huluran salam juga turut diberikan kepada Asuka. Namun ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk disambut. Ia sekadar ditampar kembali oleh pemenang Royal Rumble itu. Seakan tidak menghargai kemunculan Ronda secara mengejut dan mencuri sorotan kejayaan yang sedang diraikan ketika itu.

Tanpa menghiraukan mereka yang penuh tanda tanya di dalam gelanggang, Ronda turun ke bawah dan sempat berjabat tangan dengan Pesuruhjaya Raw, Stephanie McMahon yang menjadi pengulas jemputan. Dengan penuh hati-hati dan syak wasangka, salam itu disambut perlahan-lahan. Barangkali Stephanie bimbang insiden dikunci Ronda di acara Wrestlemania dua tahun lalu akan berulang.

Kemunculan Ronda ini sekaligus mengesahkan transisi kerjayanya daripada sukan tempur kepada sukan hiburan WWE. "Ini adalah kehidupan saya sekarang. Prioriti paling utama dalam hidup saya untuk beberapa tahun akan datang. Ini bukan kemunculan sekali dan pergi. Bukan juga kemunculan untuk mencari publisiti,” ujar Ronda semasa ditemubual oleh wakil ESPN, Ramona Shelburne tentang keputusannya menyertai WWE.
“Semasa mula-mula bertemu Triple H, saya katakan padanya, ‘Ada benda lain saya boleh buat untuk mengisi masa lapang yang boleh mendatangkan laba dan keuntungan. Namun saya tidak fikir ia akan seseronok seperti WWE,” tambah bintang berusia 30 tahun ini.
Mengulas tentang penyertaan Ronda ke WWE tersebut, bekas majikannya di Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White berkata: “Saya sangat gembira untuknya. Beliau memang mencintai gusti profesional dan telah menjadi peminat sukan ini sejak sekian lama. Jadi penyertaannya ini pasti amat bermakna buatnya. Beliau akan terus mengecapi segala impian yang diingini.”
Persoalannya, apakah misi yang ingin dikecapi Ronda di WWE? Sebagai bekas juara dunia dalam lapangan MMA, secara atas kertas tiada apa lagi yang perlu dikejar Ronda untuk membuktikan keupayannya. Namun harus diingat, pentas WWE adalah berbeza dengan segala apa yang pernah dikecapinya sebelum ini.
Dengan latar belakang sukan tempurnya yang bukan calang-calang, para bintang wanita WWE juga mungkin akan tidak senang duduk dengan kehadiran Ronda di dalam divisyen mereka. Ronda barangkali akan menyamai karakter tidak terkalah Brock Lesnar dalam divisyen lelaki. Mendominasi segalanya hasil kejayaan di UFC sebelum ke WWE.
Buat masa ini, belum nampak ke mana arah yang akan Ronda akan tujui. Jika Asuka memilih untuk mencabar Alexa Bliss di Wrestlemania kelak, tidak mustahil sasaran Ronda akan tertancap kepada Kejuaraan Wanita Smackdown milik Charlotte Flair. Kebetulan, Flair dan Ronda pernah bertelingkah seketika di Kejohanan Mae Young Classic tahun lalu tentang siapakah 4 Horsewomen yang lebih hebat, sama ada Horsewomen WWE atau UFC.
Jika kejuaraan tidak menjadi fokus Ronda sekalipun, penyertaannya dalam menuju ke Wrestlemania pasti akan melibatkan sebuah jalan cerita yang besar. F4WOnline meramalkan, tidak mustahil Ronda akan bertemu dengan Stephanie McMahon dalam perlawanan beregu campuran, dengan Stephanie bersama suaminya Triple H, manakala Ronda pula bersama sekutunya, Dwayne “The Rock” Johnson. Sekaligus menyelesaikan sengketa yang pernah tercetus di acara Wrestlemania beberapa tahun lalu.

Berbekalkan pengalamannya yang juga pernah terlibat dalam industri hiburan seperti lakonan di Hollywood, Ronda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan dirinya dalam atmosfera WWE. Kemahiran teknikal dan kemampuan untuk menggunakan mikrofon sebaiknya yang menjadi elemen penting bagi menaikkan nama di WWE, pasti bukan sesuatu yang sukar buatnya.
Tidak mustahil, nama Ronda Rousey akan tersenarai sebagai antara Juara Wanita WWE terhebat yang dikenang sepanjang zaman satu masa nanti.
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro TV & Astro GO.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.