Skip to main content

Rencana

Brendan: Seladang atau Merah Kuning?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

brendan.jpg
Dalam mana-mana saingan bola sepak di seluruh dunia, perkara yang menjadi perhatian utama sebaik sahaja tamat musim pastinya isu perpindahan pemain.

Tatkala semua pasukan cuba untuk memperbaiki pencapaian yang diraih dengan membawa masuk muka baru, sesetengah pemain mungkin mengharapkan tuah bersama majikan lain setelah berkelana bersama sesebuah kelab.

Di Malaysia, setiap pasukan tidak terkecuali daripada senario tersebut.

Terbaru, semi finalis Piala Malaysia, Selangor, dikhabarkan cuba memancing khidmat pemain berdarah campuran yang memperkuatkan pasukan Perak sejak tahun lalu, Brendan Gan.

Brendan, pemain yang menjadi salah seorang watak utama sewaktu The Bos Gaurus menjulang trofi Piala Malaysia musim 2018, dikatakan telah menarik perhatian pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Malah, menurut sumber dalaman, perbincangan sedang giat dijalankan tatkala Selangor dilaporkan serius untuk memperbaiki pencapaian musim ini yang menyaksikan mereka gagal menjulang sebarang trofi.

Apa yang menarik, perbincangan di antara pemain kelahiran Sutherland Shire, Australia itu dan Selangor dikatakan melibatkan bayaran gaji sekitar AS$15,000 (RM62,000) sebulan sekiranya persetujuan dicapai untuk menjadikan Stadium Shah Alam sebagai 'rumahnya', musim depan.

Benar atau tidak, ia mungkin satu khabar angin tetapi melihat kepada prestasi pemain berusia 31 tahun itu bersama skuad Seladang dan pasukan kebangsaan sejak tahun lalu, nilai RM62,000 mungkin sepadan dengan kemampuannya yang jelas terbukti, lebih-lebih lagi ketika memperkuatkan Harimau Malaya dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Selangor juga dilaporkan bersedia untuk melepaskan beberapa pemain yang gagal memuaskan hati pengendali, B. Sathianathan, serta pihak pengurusan.

Antara nama yang disebut-sebut bakal dilepaskan oleh kem Merah Kuning adalah dua awang import, Michal Nguyen dan Endrick dos Santos, dan menurut laman Instagram garisangol.my, pemain yang pernah menerima jolokan 'Messi Malaysia', Faiz Nasir, dikaitkan dengan penghijrahan ke pasukan Hijau Kuning. Adakah Kedah?

Jika benar Brendan bakal ke Selangor, harapan peminat di Shah Alam sudah pasti kembali bernyala untuk melihat pasukan kesayangan mereka itu bangkit dengan kehadiran salah seorang pemain tengah bertahan terbaik yang dimiliki Malaysia setakat ini.

Advertisement

Must Watch Video