Skip to main content

Rencana

Beres! Bomoh Sukan Malaysia di Filipina

tok-mo-photo.jpg
Suara Tok Mo, penyokong selebriti sukan negara, akan didengari di stadium Sukan SEA Filipina. 

Hari ini temasya terbesar Asia Tenggara edisi ke-30 itu akan dirasmikan dan 773 atlet negara akan berjuang di Manila, Subic dan Clark bagi mencapai sasaran 70 pingat emas. 

Bagi Mansor Abdul Khoni atau Tok Mo, sorakan dan gelagatnya pasti akan bantu naikkan semangat para atlet negara. 

Menerusi minat dalam sukan dan semangat patriotik, Tok Mo mula menjinakkan diri sebagai tukang sorak pada 1981 di satu kejohanan sepak takraw dan dia tidak pandang belakang sehingga menemani atlet negara ke Sukan Komanwel, Sukan Asia, Piala Thomas dan banyak lagi. 

Ditanya apa rahsia bersuara lantang berjam-jam, Bomoh Sukan Malaysia itu berkata rahsia.

Apapun ini kali kedua dia akan ke Sukan SEA Filipina, dan pasukan sorak negara akan diperkuatkan lagi dengan 12 pasukan sorak Kelab Penyokong Sukan Malaysia (FAMEMAS). 

Nampaknya pasukan lawan perlu bersedia dengan sorakan bersemangat Tok Mo dan rakan-rakan diikuti bunyi kompang, drum, hon dan wisel yang mengemakan tempat pertandingan nanti. 

Bagi atlet negara selamat maju jaya dan kepada peminat sukan anda boleh ikuti perkembangan kontinjen negara di Astro Arena yang akan membawa liputan komprehensif sepanjang temasya.

Advertisement

Must Watch Video