Sekalung tahniah diucapkan kepada skuad bawah 15 tahun negara yang menjuarai Kejohanan AFF Bawah 15 tahun hasil kemenangan 2-1 ke atas tuan rumah, Thailand pada perlawanan akhir di Stadium Kampus, Chonburi, pada Jumaat.
Kejayaan itu menyaksikan skuad bimbingan P. Maniam mengulangi kejayaan 2013 untuk meraih gelaran kedua kejohanan dan lebih membanggakan mereka turut mengejutkan Australia 3-0 pada aksi peringkat kumpulan selain mengekalkan rekod tanpa kalah.
Rentetan daripada kejayaan itu, anak buah Maniam dihambur pujian daripada pelbagai pihak terutama peminat bola sepak tanahair apabila ada di kalangan mereka menganggap generasi pemain bawah 15 tahun negara antara yang terbaik pernah dilahirkan.
Hampir semua pemain yang membarisi skuad remaja negara mempunyai keistimewaan masing-masing, misalnya Muhammad Izrin Ibrahim mempunyai minat mendalam dalam bola sepak setelah hampir pernah melupakan hasrat untuk menyertai Akademi Mokhtar Dahari AMD kerana mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran.
Menguatkan lagi hujah sesetengah peminat itu apabila skuad remaja negara berjaya membuktikan konsistensi di pentas antarabangsa selepas turut cemerlang dalam dua kejohanan jemputan sebelum itu iaitu di Hong Kong pada April dan di China, Julai lalu.
Untuk rekod, skuad sama hampir membawa Malaysia layak ke Piala Dunia Remaja bawah 17 tahun pada 2014 apabila tewas 1-2 kepada Australia.
Bagi jurulatihnya, Maniam sikap komited pemain sepanjang kejohanan menjadi kunci utama kejayaan pasukannya bergelar 'Raja Asia Tenggara' bagi kategori bawah umur 15 tahun sekali gus berbangga dapat melatih pemain pasukan itu.
Hari ni genap sebulan Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM memperkenalkan DNA Bola Sepak Malaysia yang menjadi rujukan dalam memahami corak permainan mengikut acuan bola sepak seperti yang diinginkan badan induk itu.
Namun, itu bukanlah faktor yang menyumbang kepada kejayaan skuad remaja negara itu sebaliknya banyak lagi perkara lain yang terlebih dahulu diusahakan oleh tenaga pengajar di AMD termasuk Majlis Sukan Negara.
Pencapaian skuad berkenaan apa pun harus dibanggakan sebagai peminat bola sepak tanahair walaupun ia baru permulaan kepada pemain-pemain muda negara dalam mengecapi kejayaan yang lebih hebat pada masa depan.
Akhir kata, selamat maju jaya buat Coach Maniam dan pemain-pemain negara untuk cabaran seterusnya dalam mengharumkan nama negara. Malaysia boleh!.