Apabila spekulasi berita hubungan yang dingin di antara Bruno Fernandes dan Ole Gunnar Solskjaer selepas perlawanan menentang Tottenham Hotspur minggu lalu ia telah menarik perhatian beberapa kelab besar LaLiga untuk melihat sejauh mana perkembangan berita itu.
Dikhabarkan dua pasukan gergasi di La Liga iaitu Real Madrid dan Barcelona telah berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Manchester United itu.
Walaupun baru setengah musim Bruno Fernandes bersama Man United. beliau telah berjaya membuka mata kelab-kelab utama dunia.
Dibeli pada Januari 2020 dari[ada Sporting CP, Bruno Fernandes telah menunjukan kualitinya sebagai seorang pemain midfield yang bernilai dalam masa yang singkat. Bruno Fernandes telah berjaya menjaringkan 11 gol dari 18 penampilannya bersama Man United pada musim 2019/2020.
Ini satu pencapaian yang baik untuk Bruno Fernandes kerana bukan mudah untuk seseorang pemain itu menyesuaikan diri dengan cepat di England memandangkan Liga Perdana Inggeris satu liga yang memerlukan kekuatan fizikal dengan permainan yang pantas.
Berbeza dengan Liga Portugal yang bermain dengan tempo permainan yang agak sedikit perlahan dan kurang asakan-asakan keras sebagaimana Liga Perdana Inggeris.
Itulah kelebihan yang ada pada pemain midfield kelahiran Portugal itu dimana Bruno Fernandes cepat menyesuaikan diri dengan pantas dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan pemain-pemain Man United yang lain.
Selain itu Bruno Fernades adalah merupakan seorang pemain midfield yang kreatif dan bijak dalam menyusun gerakan dalam mengawal tempo permainan serta mampu melakukan elemen-elemen kejutan dalam membuat keputusan terutama ketika berada di kawasan menyerang.
Bruno Fernandes juga merupakan pemain midfield yang rajin dan setiasa bergerak mencari ruang selain mengunakan kemahiran individunya dalam menyusun gerakan dan hantarannya kepada rakan-rakan untuk menekan lawan serta mampu bertahan dengan baik.
Dengan kualiti itulah yang membuatkan Bruno Fernandes menjadi rebutan pasukan-pasukan ternama ketika ini. Sudah tentu nilai pasaran Bruno Fernandes juga akan meningkat naik, dengan tanda harganya sebelum ini hanya sekitar EUR80 juta.
Dalam setuasi inilah pengurusan Man United perlu bijak dalam menentukan masa depan pemain paling bernilai Man United ketika ini daripada disambar.
Penyokong-penyokon Man United juga perlu memainkan peranan dalam meyakinkan Bruno Fernandes bahawa dirinya benar-benar disanjungi di Man United supaya apa yang telah digembar gembur itu tidak menjadi realiti sebagaimana Man United kehilangan Cristiano Ronaldo suatu ketika dulu.