Siapa kenal Tan Chong Wah?
Dia bukan atlet, pegawai atau memiliki pangkat besar dalam sukan negara. Tetapi siapa yang selalu ada di tempat duduk penonton pasti kenal dengan individu berasal dari Ipoh, Perak ini.
Lebih dikenali sebagai Ah Wa, beliau peminat tegar sukan negara terutama bola sepak dan hoki.
Kelibatnya sentiasa ada di Stadium Ipoh, Stadium Hoki Azlan Shah atau mana-mana stadium bola sepak di Malaysia walaupun beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Hebatnya Ah Wa sehingga peminat bola sepak mewujudkan akaun Facebook "Ah Wa The Legend Of Perak Supporter" yang memiliki hampir enam ribu pengikut.
Malah, beliau juga mendapat Anugerah Ikon Peminat Sukan ketika Hari Sukan Negara peringkat Negeri Perak, tahun lalu.
Namun hari ini, Ah Wa terlantar di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak dipercayai ekoran serangan jantung.
Sedih melihat keadaan Ah Wa yang selama ini bersemangat ke stadium dengan menyarung jersi pasukan kebangsaan.
Saya mula mengenalinya pada 2006.
Beliau seorang yang baik hati dan suka tersenyum. Ada juga individu nakal yang suka mengusiknya, tetapi Ah Wa tetap bersemangat datang ke stadium.
Kami mempunyai pengalaman mencuit hati pada Pusingan Kedua Liga Dunia di Singapura 2014.
Ketika itu saya bertugas bersama jurukamera, Azri Abd Malik dan bekas kapten negara, Mirnawan Nawawi.
Ketika Malaysia ketinggalan menentang Jepun pada peringkat kumpulan, Mirnawan sempat membisik: "Kalau Ah Wa ada mesti Malaysia boleh menjaringkan gol".
Kami sama-sama tergelak kerana tidak mungkin Ah Wa boleh datang ke Singapura.
Tetapi tidak sampai dua minit kemudian, kami nampak kelibat Ah Wa melambai-lambai di luar pagar, belakang pintu gol Malaysia!
Pengurus pasukan ketika itu, Datuk Nur Azmi Ahmad membelikan tiket dan menyediakan tempat tinggal untuknya menyaksikan perlawanan hinggalah Malaysia muncul juara kejohanan.
Kami sempat bertanya, bagaimana beliau datang ke Singapura?
"Ramai orang bagi duit, dari Ipoh sampai ke Johor. Aku cakap nak datang Singapura tengok hoki," katanya.
Saya harap Ah Wa pulih seperti sediakala. Dia orang baik. Dia mahu menyaksikan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.
Bangun Ah Wa Bangun!