Ketika artikel ini ditulis, kontinjen Malaysia sudahpun meraih 50 pingat emas, menghampiri separuh daripada jumlah yang disasarkan iaitu 111 pingat emas untuk mencapai misi menjadi juara keseluruhan.
Ada beberapa sukan yang mencapai sasaran masing-masing malah ada juga yang memperoleh kutipan lebih banyak daripada apa yang dijangkakan.
Manakala ada juga sukan yang tidak dapat mendapat seperti apa yang diharapkan namun sekarang bukannya masa untuk menyalahkan mana-mana pihak di atas kegagalan mereka kerana masih ada beberapa acara yang mampu menyumbangkan pingat kepada kontinjen negara.
Sudah pasti, beberapa pingat emas yang "terlepas" daripada jangkaan atau ramalan ini mengundang persoalan bagaimana kontinjen negara ingin melunaskan hasrat 111 emas seperti yang disasarkan.
Ada beberapa pingat emas yang mencuri tumpuan penulis, antaranya kejayaan dalam acara berpasukan seperti bola jaring dan juga ragbi 7 sepasukan lelaki.
Sudah pasti kejayaan skuad ragbi negara menambah kepada kecemerlangan sukan berkenaan apatah lagi pencapaian skuad 15 sepasukannya juga turut cemerlang sejak kebelakangan ini.
Begitu juga dengan kemampuan skuad wushu negara yang telah menamatkan kempen di temasya Sukan SEA kali ini dengan pencapaian yang cukup membanggakan iaitu 6 emas, 5 perak serta 3 gangsa.
Malah persembahan konsisten skuad bola sepak bawah 22 tahun negara di peringkat kumpulan juga beri bayangan mereka mampu untuk menyumbangkan "ibu" segala pingat dalam temasya kali ini.
Selain itu, kejayaan Khairul Hafiz Jantan bergelar pelari terpantas Asia Tenggara turut menjadi bukti kemampuan atlit olahraga negara walaupun dia tidak dapat ulangi pencapaian yang sama bagi acara 200 meter.
Harapan penulis, teruskan menyokong kontinjen negara agar aspirasi untuk menjadi #KitaJuara pada temasya Sukan SEA 2017 terlaksana.
Malaysia Boleh!