Atlet kanu dilanggar pemandu mabuk bakal jalani pembedahan kelapan

Syifa Nasir
Jun 15, 2024 20:22 MYT
Masih ingat mengenai kes langgar oleh pemandu mabuk dan diseret sejauh 600 meter yang melibatkan atlet sukan kanu kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Md Elias, pada Mei lalu?
Selepas menjalani tujuh pembedahan yang melibatkan tulang pinggul, tulang bahu, tampalan kulit di bahagian belakang badan, dia kini akan menjalani satu lagi pembedahan untuk memperbaiki tumit kaki kiri dan kanan pada 19 Jun ini.
Beberapa pihak telah tampil memberikan bantuan, termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kerajaan Negeri Johor.
Meskipun atlet berumur 22 tahun itu, yang juga merupakan watak utama menyumbang pingat gangsa bagi kategori TBR wanita dalam Sukan SEA Kemboja 2023, sudah dalam keadaan stabil, dia masih tidak mampu berdiri menguruskan diri sendiri atas faktor kecederaan serius dialaminya.
Untuk makluman, ibunya kini mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan manakala bapa mangsa juga memerlukan rawatan dialisis untuk penyakit buah pinggangnya. Masyitah merupakan tulang belakang keluarga yang sering berulang-alik untuk menjaga kedua ibu bapanya.
Kepada orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian terus ke akaun bank mangsa. ( MAYBANK - 151025908475 , Siti Nurul Masyitah Binti Md Elias)
#Rencana #kanu #Siti Nurul Masyitah Md Elias
;