Atlet juga animal lover!

Dayang Zainatull
Julai 4, 2024 11:09 MYT
Baru-baru ini tular di media sosial tentang kes penderaan haiwan yang melibatkan seorang lelaki memukul anjing peliharaan Husky-nya di balkoni sebuah apartment. Kes ini mendapat perhatian ramai dan telah menimbulkan rasa marah dan sedih, terutama sekali dalam kalangan animal lovers.
Artikel hari ini bukan hendak mengeruhkan lagi situasi, kita terus berdoa dan berharap agar anjing peliharaan itu berada dalam keadaan selamat dan tuannya belajar daripada kesilapan itu.
Untuk menceriakan mood pembaca hari ini, jom kita lihat beberapa orang atlet yang sayangkan haiwan!
1. Cristiano Ronaldo
Ronaldo pernah viral apabila berkongsikan 'selfie' bersama anjing peliharaannya ini. Difahamkan, anjing jenis Labrador ini bernama Marosca. Comel kan?
2. Datuk Pandelela Rinong
Gambar comel dari Instagram ratu terjun negara ini diambil di sebuah kafe kucing atau 'cat cafe'. Memang 'heaven' lah untuk cat lovers seperti Pandelela!
3. Intan Serah
Pemain bola sepak wanita kebangsaan ini juga pernah kongsikan gambar raya bersama kucing kesayangannya yang bernama Bowie. Punyalah sayang, sampai Bowie pun ada baju raya!
4. Viran Deep
Young cricket legend negara kita, Viran, juga tidak segan tunjukkan kepada dunia kasihnya terhadap anjing peliharannya yang bernama Max. Our golden boy with his Golden Retriever. Match made in heaven.
5. Pearly Tan
Last but not least, 1/2 of beregu wanita kebangsaan kita, iaitu Pearly, juga ada furbaby yang bernama Whiskey Boy! So cute and fluffy!!
Harap-harap gambar comel atlet bersama haiwan kesayangan mereka ini sedikit sebanyak boleh menyenangkan hati kita yang resah terkenangkan kes kezaliman terhadap haiwan di negara ini. Sayangilah haiwan sebab mereka juga ciptaan Tuhan. Itu sahaja pesanan artikel hari ini!
#Cristiano Ronaldo #Pearly Tan #Rencana