Astro komited bantu Program Bimbingan Muda 2024

Najmi Iman
September 14, 2024 19:50 MYT
Astro terus kekal komited melaksanakan perkongsian pintar dalam kalangan masyarakat.
Penganjuran bimbingan pemimpin muda 2024 itu merupakan hasil kerjasama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Yayasan Yu Cai serta Yayasan DayaDiri yang berlangsung di Kampar, Perak, semalam.

Astro terus komited untuk terus melaksanakan perkongsian pintar! ❤❤#NadiWeekend #Astro pic.twitter.com/iDqiqncvVA

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebagai rekod, ini adalah tahun kedua program tersebut diadakan dengan penyertaan daripada 163 pelajar sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah menengah jenis kebangsaan dan sekolah berasrama penuh dari sembilan buah negeri di semenanjung Malaysia.
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, topik kesedaran dan etika untuk menggunakan sosial media dalam kalangan pelajar merupakan perkara paling penting dalam bengkel tersebut.
#Program Bimbingan Muda 2024 #Universiti Tunku Abdul Rahman #UTAR #Yayasan DayaDiri #Yayasan Yu Cai