Penantian siapakah yang akan menyertai Astro Kem Bola ke Barcelona terjawab apabila 31 peserta dikumpulkan dalam Kem Pra-Perlepasan Barcelona di Matrix Global School, Sendayan.
Keceriaan dan kegembiraan di wajah terpancar apabila mereka tiba melapor diri di Matrix Global School setelah terpilih ke Barcelona bersama dengan ibu bapa mereka yang kelihatan begitu teruja dan bangga dengan anak-anak mereka.
Seramai 15 peserta lelaki dan 16 peserta perempuan berumur antara 10 tahun sehingga 12 tahun dikumpulkan selama dua hari di Kem Pra-pelepasan ini untuk diberikan taklimat serta penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan mereka lalui nanti di Akademi Barca.
Antara aktiviti-aktiviti semasa di Kem Pra-pelepasan Barcelona ini termasuk sidang media, pembelajaran media sosial serta Bahasa Sepanyol.
Tujuan aktiviti-aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta-peserta serta bijak dalam merancang dan merencana apabila menghadapi setuasi sebenar di Barcelona nanti.
Ini usaha yang baik dilakukan oleh Astro Kasih melalui khidmat masyarakat selain memberi didikan kepada peserta-peserta bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri selain memberi latihan kemahiran berkomunikasi.
Peserta-peserta juga diberi peluang untuk menemubual Shafiq Abdul Jabbar (Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro) sebelum mereka berangkat.
Tahniah kepada peserta-peserta Malaysia, Singapura dan Filipina. Terima kasih kepada Astro yang memberi peluang kepada perserta-peserta ini yang berlainan latar belakang keluarga,budaya,agama dan negara untuk menerima ilmu dan pengalaman yang berguna. Malaysia,Singapura dan Filipina bersaudara.