Tahun 2017 telah pun melabuhkan tirainya dan kini kita semua berada dalam tahun baru 2018. Terlalu banyak kenangan pahit manis suka duka sukan tanah air sepanjang tahun 2017.
Sempena tahun baru 2018 ini, Dayang ada beberapa senarai 'wishlist' atau azam tahun baru buat seluruh peminat sukan tanah air. Tetapi, sebelum itu, Dayang mahu mengajak pembaca semua melupakan sejarah hitam yang berlaku pada 2017.
Pertama, mari sama-sama kita lupakan kemerosotan skuad Harimau Malaya yang berada di tangga ke 174. Ini merupakan pencapaian terburuk Malaysia selain tidak mencipta satu kemenangan pun pada tahun 2017.
Kedua, mari kita turut sama-sama melupakan kejatuhan sukan badminton yang buat masa kini ketandusan pemain pelapis untuk menggantikan pemain-pemain senior sedia ada.
Ketiga, Dayang juga mahu anda semua melupakan semua kekecewaan dan kegagalan yang berlaku pada 2017 dalam apa jua bidang sukan. Ini kerana Dayang mahu anda semua kembali bangkit semula pada 2018!
Jadikan kejayaan kontinjen boling negara yang muncul juara dunia, kejayaan skuad ragbi dan skuad bola jaring di Sukan SEA sebagai pembakar semangat dalam permainan berpasukan seperti bola sepak, badminton dan sepak takraw.
Dayang juga mahu kejayaan Azizulhasni Awang, Ziyad Zulkifli dan Al-Jufferi Jamari yang merupakan juara dunia dalam bidang masing-masing dijadikan contoh buat semua atlet-atlet muda negara yang sedang naik mencipta nama.
Selain itu, pada tahun baru ini, Dayang mahu peminat di luar sana terus memberikan sokongan kepada Astro Arena agar kami mampu memberikan yang terbaik untuk memartabatkan sukan Malaysia di mata dunia.
Akhir sekali, tidak lupa juga kepada semua wanita di luar sana, jangan berhenti bersukan tak kiralah sama ada anda melakukan yoga, zumba, berjogging mahupun apa jua cabang sukan, teruskan momentum anda agar mampu menjamin kesihatan yang baik selain menyahut seruan 'fit Malaysia' oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Selamat tahun baru kepada semua!