Skip to main content

Rencana

Anuar Manan masih bertenaga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

anuar-manan-021217.jpg

Ramai peminat-peminat dan pelumba-pelumba sukan berbasikal negara rasa terkejut dengan tindakan Terengganu Cycling Team (TSG) tidak menyambung kontrak raja pecut negara Anuar Manan kerana ramai yang nyatakan bahawa Anuar masih lagi mampu untuk menyumbang kejayaan dalam arena berbasikal negara. 

Dengan pengalaman yang ada pasti beliau mampu membantu mendidik pelumba-pelumba muda kerana dalam perlumbaan basikal ini memerlukan kerjasama dikalangan rakan-rakan dalam pasukan. Pernah menyertai Champion System sebuah pasukan proffesional dari Hong Kong dan mencipta kejayaan yang cemerlang apabila memenangi kategori pecut semasa Le Tour De Langkawi 2010. Tetapi apa yang lebih menyedihkan apabila basikal kegunaan Anuar ditarik apabila TSG seolah-olah jasa anak kelahiran Kuala Terengganu ini tidak dikenang.

Advertisement

Begitulah pahit manisnya sebagai seorang atlit proffesional namun apa yang pasti penulis ingin berkongsi dengan pembaca stadium.astro ini tentang sikap Anuar Manan yang wajib penulis kongsikan. Beliau seorang yang tidak menyombong diri walaupun telah mencipta kejayaan dalam sukan lumba basikal negara. Sentiasa menghormati orang lain dan bijak dalam merancang masa depannya.

Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan tetapi Anuar Manan tenang dan yakin dengan kemampuan dirinya sendiri dan bijak mengatur langkah bersama beberapa rakan karibnya untuk terus berbakti dalam dunia sukan berbasikal negara terutama dalam acara lebuhraya. Ini dapat dilihat apabila sahaja beliau dan beberapa rakan karibnya tidak disambungkan kontrak mereka bertindak dengan pantas menubuhkan sebuah pasukan proffesional yang diberi nama FORCA AMSKINS FACTORY RACING. 

Kejayaan pertama Anuar bersama dengan pasukan yang dibentuk olehnya sendiri apabila berjaya menaiki podium semasa Tour De Siak, Indonesia bulan lalu. Semangat juang yang tinggi serta keinginan yang tinggi dan disiplin diri yang jitu itu yang membuatkan Anuar berjaya. Sikap beginilah yang perlu dicontohi oleh pelumba-pelumba muda. Tahniah kepada Anuar dan rakan-rakan yang terus beejuang untuk mwngangkat nama sukan berbasikal negara dan penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya Anuar dan pasukan baharunya.

Must Watch Video