Tirai jendela perpindahan pemain masih lagi dibuka dengan pasukan-pasukan ternama Eropah sedang sibuk mencari pemain bagi memperkuatkan pasukan masing-masing.
Bagi 'The Special One' Jose Mourinho, jendela perpindahan musim ini memperlihatkan bahawa beliau sedang berusaha mencari beberapa pemain baru terutama di bahagian tengah.
Biarpun Manchester United sudah memiliki beberapa nama besar seperti Paul Pogba, Marouane Fellaini, Michael Carrick dan Ander Herrera, namun pengendali dari Portugal itu berasakan United perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu atau dua lagi pemain jika mahu memberikan saingan dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Dikaitkan dengan beberapa nama seperti Radja Nainggolan dari AS Roma, Nemanja Matic dari Chelsea dan juga Fabinho dari AS Monaco, Mourinho masih belum membuat sebarang pembelian pemain tengah lagi buat masa sekarang.
Terbaru, pemain kegemaran beliau, Ander Herrera, yang beraksi cemerlang musim lalu selain sering mendapat pujian, dikhabarkan sedang diintai Barcelona. Aksi konsisten yang dipamerkan Herrera mendapat perhatian pengendali baru The Catalan yang turut mahukan Riyad Mahrez dari Leicester City dan Marco Verrati dari PSG.
Dengan masih tiada pembelian pemain tengah dan Herrera pula diintai pasukan Barcelona, adakah Mourinho sanggup merelakan pemergian pemain kegemarannnya yang dianggarkan bernilai sekitar 60 juta pound?
Pemain berjersi nombor 21, Ander Herrera yang dibeli oleh pengendali terdahulu, Louis Van Gaal, dari Atletico Bilbao pada mulanya sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama.
Menyertai United pada 2014, pemain berusia 27 tahun itu meningkat sedikit demi sedikit dan kerajinan beliau berjaya mencuri perhatian Mourinho selain turut dipuji oleh pemain ternama seperti Andres Iniesta dan Xavi atas kerajinan di atas padang yang dipamerkan.
Red Devils harus melakukan sekurang-kurangnya satu pembelian pemain tengah, memandangkan seteru mereka di Liga Perdana Inggeris seperti Chelsea sedang dalam usaha memancing Alex Sandro dari Juventus dan juga Bakayoko dari AS Monaco.
Jiran setempat Manchester City pula telah mendapatkan Bernardo Silva dan situasi ini tentu memberikan sedikit tekanan buat Mourinho bagi mendapatkan pemain baru berwibawa.
Dengan Manchester United yang merupakan kelab terkaya di dunia buat masa sekarang, wang bukanlah masalah buat Mourinho dalam mendapatkan pemain yang terbaik. Cuma pemain yang dipilih haruslah menepati cara dan corak permainan yang diterapkan nanti.
Persoalan yang kini berlegar dalam fikiran peminat Manchester United tentunya mengenai masa depan Herrera di United, dan apakah akan ada kejutan di saat akhir seperti pembelian Paul Pogba musim lalu? Mungkinkah Kylian Mmbappe ataupun James Rodriguez bakal menyarung jersi United? Sama-sama kita nantikan.