Mencipta kemenangan empat perlawanan berturut-turut Everton di awal musim 2020-2021 Liga Perdana Inggeris telah melayakkan Carlo Ancelotti pengendali Everton itu dinobatkan sebagai jurulatih pilihan bulan September Liga Perdana Inggeris.
Ini merupakan kejayaan yang manis buat pengendali berpengalaman dari Italy itu setelah mengambil alih tugas daripada Marco Silva pada 21 Disember 2019 apabila pengendali dari Portugal itu di pecat. Kejayaan ini pasti sungguh bermakna buat Ancelotti bersama Everton setelah berjaya menggekalkan Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Ketika Ancelotti mengambil alih Everton pertengahan musim lalu Everton berada pada kedudukan yang tidak selamat iaitu berada pada tangga ke 18 dan hampir dengan zon penyikiran. Namun dengan pengalaman yang dimiliki Ancelotti itu ia telah berjaya membawa momentum kemenangan serta aura Everton kembali dan mengakhiri musim lalu di tangga ke 12.
Bermula saat itu Ancelotti telah merubah kembali wajah skuad “The Toffees” itu lebih berkeyakinan. Ini dibuktikan Ancelotti dan anak-anak buahnya apabila berjaya memulakan musim ini dengan begitu baik sekali setelah menduduki tangga teratas liga buat masa ini.
Bukan tugas mudah bagi Ancelotti untuk memastikan anak-anak buahnya terus fokus dan memberi komitment sepanjang musim ini untuk terus membuat kejutan pada pasukan-pasukan pilihan terutama Liverpool dan Manchester United.
Dengan wajah yang bengis dan karektor yang tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengurus pasukan tidak mustahil bagi Ancelotti untuk membuat kejutan pada musim ini bersama Everton.

Lihat sahaja bagaimana sahabat seperjuangannya dari Italy iaitu Claudio Ranieri yang telah berjaya menjulang nama Leicester City setelah berjaya menjadi juara Liga Perdana Inggeris pada musim 2015-2016 buat pertama kali dalam sejarah Leicester City semenjak ditubuhkan pada tahun 1884.
Rekod yang cemerlang dipeggang Ancelotti sepanjang kerjayanya sebagai pengurus pasti boleh membantu Ancelotti menjulang Everton sebagaimana Ranieri lakukan di Leicester City itu.
Mungkin ramai rasa tidak yakin dengan kemampuan Everton untuk mengekalkan kedudukan teratas liga memandangkan pemain-pemain yang dimiliki Ancelotti tidak sehebat sebagaimana ketika beliau mengendalikan pasukan besar seperti Chelsea, Real Madrid dan Bayern Munich ,tetapi dengan pengaruh dan perwatakan yang dimiliki Ancelotti itu sebenarnya mampu membawa kejayaan kepada Everton.
Sokongan daripada pemain-pemain juga amat penting kerana dengan semangat berpasukan itu boleh membantu Ancelotti merealisasikan harapan peminat-peminat Everton. Inilah masanya untuk Everton terus mengekalkan prestasi terbaik sekiranya ingin mencabar pasukan-pasukan pilihan.