Skip to main content

Rencana

Aksi 'final' Liga Super

24816zul.jpg

Ucapan tahniah saya dahulukan kepada kedua-dua pengendali 'otai' ini kerana berjaya membawa pasukan masing-masing ke tahap terbaik dan mewujudkan perseteruan sengit sesama mereka dalam kempen Liga Super.

Diam tak diam, musim 2016 hampir menuju kemuncaknya setelah dihiasi dengan pelbagai cerita menarik di luar mahupun di dalam padang.

Dengan saingan berbaki empat perlawanan, tumpuan aksi ke-19 pada Rabu sudah pasti terarah pertemuan dua pasukan teratas liga, Johor Darul Takzim menentang Felda United.

The Fighters buat pertama kalinya akan menerima kunjungan JDT di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka selepas mereka tumpas 1-2 pada pertemuan pertama di tempat lawan, 1 Mac lalu.

Kali ini, ia tampak peluang terakhir buat Felda United untuk mengintai peluang merampas tampuk Liga Super dengan kemenangan akan membezakan mereka hanya satu mata di belakang JDT.

Namun buat pasukan dari selatan tanahair, tewas tidak bermakna peluang untuk bergelar juara tertutup rapat kerana mereka dijangka tidak berdepan masalah untuk jelmakan kemenangan dalam tiga baki perlawanan liga.

Tetapi, sudah pasti anak buah Mario Gomez mahu mengesahkan kejuaraan lebih awal dengan kemenangan jadi buruan pada dalam usaha mengejar kejuaraan hatrik Liga Super.

Apa pun, aksi di padang rumput tiruan bakal menghadirkan cabaran hebat buat JDT seperti kebanyakan pasukan lain yang terpaksa gigit jari dengan tuan rumah hanya tewas sekali sejak aksi pertama di Jengka, tahun ini.

Selepas merehatkan sebilangan besar tonggak utama dalam aksi terdahulu, JDT akan tampil dengan barisan terkuat namun skuad Felda berdepan situasi sebaliknya susulan kehilangan Christie Jayaseelan dan Lutfulla Turaev.

Jelas, pertembungan pada Rabu adil dikatakan seimbang apabila kedua-dua pasukan miliki kelebihan masing-masing, namun yang pasti ia adalah perlawanan penentu sekali gus dilabel aksi 'final' Liga Super musim ini!

 

Advertisement

Must Watch Video