Di sebalik kebangkitan semula skuad sepak takraw lelaki negara di pentas antarabangsa, berdiri seorang figura yang telah mendedikasikan hampir seluruh hidupnya untuk sukan tradisional ini—Ahmad Jais Baharun.
Nama Ahmad Jais mula dikenali apabila beliau berjaya melunaskan tanggungjawab yang besar sebagai tekong utama pasukan kebangsaan di Sukan Asia Beijing 1990, sekali gus membantu pasukan untuk membawa pulang pingat emas dalam acara berpasukan.
Kejayaan tersebut diulanginya semula sekali lagi dalam membantu pasukan raih kejayaan dalam Sukan Asia Hiroshima 1994 sebagai juara dalam acara regu, menewaskan Thailand.
Melihat semula kepada prestasi sepak takraw dalam era moden kini, mereka kembali menerima Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik Kebangsaan dalam Anugerah Sukan Negara (ASN) 2024. Kali terakhir mereka diangkat sebagai pasukan lelaki terbaik adalah pada tahun 1994 dan sebelumnya pada 1990.
Beliau bukan sekadar bekas pemain kebangsaan, tetapi kini menjadi jurulatih utama yang memacu kebangkitan semula skuad sepak takraw Malaysia di peringkat Asia.
Lebih mengagumkan, Ahmad Jais mencipta sejarah peribadi apabila menerima Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik sebanyak tiga kali dalam tiga dekad -- dua kali sebagai pemain (1990 & 1994) dan sekali sebagai jurulatih (2024).
Selepas bersara sebagai pemain, Ahmad Jais terus berbakti kepada sukan yang dicintainya dengan menceburi bidang kejurulatihan.
Daripada melatih peringkat akar umbi hingga ke negeri, beliau menunjukkan kesungguhan dan kebijaksanaan dalam membentuk pasukan yang mantap. Pada tahun 2023, beliau dilantik sebagai ketua jurulatih sepak takraw Malaysia, satu peranan yang akhirnya membawa beliau ke kemuncak kejayaan yang baharu.
Tahun 2024 menjadi detik penuh emosi dan simbolik buat Ahmad Jais. Setelah menerima Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik dua kali sebagai pemain, beliau kembali ke pentas yang sama 30 tahun kemudian, kali ini sebagai jurulatih yang memimpin pasukan kebangsaan ke kemuncak kejayaan antaranya dua emas di Piala Dunia ISTAF 2024, dalam acara Regu dan Double.
Anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap skuad, tetapi juga penghormatan kepada dedikasi beliau selama lebih tiga dekad terhadap sukan sepak takraw negara.

Ahmad Jais Baharun sah dilantik sebagai Ketua Jurulatih Sepak Takraw Malaysia! ?
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 11, 2023
Saksikan Nadi Weekend setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.30 malam di Astro Arena 801HD!#NadiWekend #AstroArena pic.twitter.com/2i0lfLCWCL
Beliau bukan sekadar bekas pemain kebangsaan, tetapi kini menjadi jurulatih utama yang memacu kebangkitan semula skuad sepak takraw Malaysia di peringkat Asia.
Lebih mengagumkan, Ahmad Jais mencipta sejarah peribadi apabila menerima Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik sebanyak tiga kali dalam tiga dekad -- dua kali sebagai pemain (1990 & 1994) dan sekali sebagai jurulatih (2024).
Selepas bersara sebagai pemain, Ahmad Jais terus berbakti kepada sukan yang dicintainya dengan menceburi bidang kejurulatihan.
Daripada melatih peringkat akar umbi hingga ke negeri, beliau menunjukkan kesungguhan dan kebijaksanaan dalam membentuk pasukan yang mantap. Pada tahun 2023, beliau dilantik sebagai ketua jurulatih sepak takraw Malaysia, satu peranan yang akhirnya membawa beliau ke kemuncak kejayaan yang baharu.
Kejayaan skuad sepak takraw tewaskan Thailand di Piala Dunia jadi detik pilihan terbaik buat 'orang kuat' sepak takraw negara -- Ahmad Jais Baharun ??????
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 5, 2024
Anda setuju??
Kongsikan momen sukan terbaik 2024 anda di https://t.co/vIzW9V1U8G#Bestof2024 pic.twitter.com/4ivvw5ytlw