Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Kai Havertz muncul wira Arsenal atasi Sporting

HE

Kai Havertz yang masuk sebagai pemain gantian muncul wira Arsenal selepas jaringan tunggalnya menewaskan Sporting Lisbon 1-0 dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Babak pertama berlangsung sengit apabila percubaan Maxi Araujo serta Noni Madueke sekadar terkena palang di Jose Alvalade selain beberapa siri serangan lain berjaya dinafikan kedua-dua penjaga gol pasukan.

Advertisement

 

 

 

Malah, jaringan yang dinoktahkan Martin Zubimendi pada minit ke-62 turut dibatalkan selepas pengadil mendapati Viktor Gyokeres terlebih dahulu berada dalam posisi ofsaid.

Begitupun, kebuntuan itu dipecahkan oleh jaringan Havertz pada minit kecederaan, dia yang masuk menggantikan Martin Odegaard pada minit ke-70 itu menolak masuk bola hantaran Gabriel Martinelli untuk membawa bekalan tipis dalam aksi timbal balik di London nanti.

Must Watch Video