Atlet pecut negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, menamatkan saingan final acara 100m (meter) di kedudukan ketujuh dengan catatan masa 10.43s (saat) dalam Kejohanan Olahraga Asia B-20 di Hong Kong, sebentar tadi.
Pingat emas menjadi milik pelari dari China, Dai Hongyu, (10.28s), diikuti Kwok Chung Ting (10.35) dari Hong Kong dan gangsa milik pelumba Jepun, Yasukawa Tsubas (10.35).
Terdahulu, dia melayakkan diri ke pusingan akhir selepas berada di kedudukan keenam dalam pusingan separuh akhir dengan catatan masa 10.38s.
Credit Photo: Olahraga Malaysia (MA)