Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek, dilaporkan bakal berkelana ke India sebagai destinasi barunya bagi meneruskan kariernya dalam bidang kejurulatihan.
Namun, setakat ini kelab badminton mana yang akan menjadi tempat dia mencurahkan ilmu dan pengalamannya masih belum diketahui.
Advertisement
"Saya tidak dapat mendedahkan kelab mana buat masa sekarang, tetapi saya akan ke India. Tugasan kejurulatihan pertasa saya di luar negara." katanya seperti yang dilaporkan media tempatan.
Perkongsian ilmu kejurulatihan antara Malaysia 🇲🇾 & India 🇮🇳dijangka dalam masa terdekat.
Datuk Misbun Sidek dikaitkan dengan kolaborasi bersama akademi elit India sebagai “guest coach”, bagi memperkaya pembangunan pemain & jurulatih. 🏸
Berita lanjut menyusul!@ASTROARENA pic.twitter.com/GK3RvJjIKS— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 25, 2026
Jurulatih berusia 65 tahun itu terkenal dengan pendekatan lasak yang memerlukan disiplin tinggi dan ketahanan mental yang kuat telah melahirkan ramai jaguh dunia seperti Datuk Lee Chong Wei, Hafiz Hashim dan Roslin Hashim.