Penyerang Manchester United, Matheus Cunha, menikmati momen selepas menjaringkan gol kemenangan pasukannya ketika menewaskan Arsenal 3-2 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Dia yang masuk sebagai pemain gantian dalam aksi itu berasakan aksi di Stadium Emirates ketika dia menjaringkan gol saat akhir itu seperti perlawanan yang ditontonnya di dalam skrin televisyen.
Advertisement
"Ia umpama perlawanan yang kita tonton di televisyen. Ini adalah momen terbaik untuk saya di sini. Ia bermakna segalanya. Ia adalah perkara yang saya ingin lakukan ketika hadir ke sini." katanya.
Manchester United beat Arsenal! 🚨🚨
Michael Carrick beats Manchester City and Arsenal in his first two games in charge.
Who’s been your Man of the Match? pic.twitter.com/eXaaDYeb0T— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 25, 2026
Kemenangan itu meletakkan United berada di kedudukan keempat dalam carta liga dengan 38 mata selepas 23 perlawanan.
Untuk rekod, setakat ini penyerang kelahiran Brazil itu telah mengumpul 34 gol dan 15 bantuan jaringan dengan 102 penampilan -tujuh gol dalam 21 penampilan buat United- dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).