Nama Ella bukan sekadar legenda muzik rock tanah air, tetapi juga lambang ketahanan dan keberanian – nilai yang cukup sinonim dengan dunia atlet.
Lagu Standing In The Eyes membawa mesej keyakinan, ketabahan dan keberanian untuk terus berdiri walau diuji. Dalam konteks sukan, ia seakan menggambarkan perjalanan seorang atlet – jatuh, bangkit dan kembali berdiri di mata dunia.
Lebih manis, terima kasih buat Ella kerana membawa bersama atlet ke pentas konsertnya. Ia bukan sekadar persembahan muzik, tetapi simbol penghargaan kepada insan-insan yang berjuang mengharumkan nama negara. Saat lampu pentas menyala dan sorakan bergema, atlet turut diraikan sebagai wira sebenar di belakang tabir kejayaan negara.
Advertisement
Sebagaimana Ella mempertahankan identiti rock wanita dalam industri yang mencabar, atlet juga mempertahankan maruah dan nama negara di gelanggang pertandingan.
Di pentas muzik mahupun arena sukan, semangatnya tetap sama – berdiri gagah di mata dunia.