Separuh masa pertama menyaksikan England dan Belanda terikat 1-1 dalam perlawanan separuh akhir EURO 2024 di Stadium Signal Iduna Park, sebentar tadi.

Jaringan 'rocket' Xavi Simons daripada luar kotak penalti berjaya menewaskan Jordan Pickford seawal minit ke-7 perlawanan untuk mendahului skuad The Three Lions 1-0.



Selang beberapa minit, peluang England hadir pada minit ke-14 tetapi sepakan deras Harry Kane tersasar daripada palang.

Begitupun, pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat England selepas mendakwa Denzel Dumfries menyepak kaki Harry Kane ketika percubaan itu dilakukan dan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan sepakan penalti itu diberikan.

Harry Kane berjaya menyempurnakan sepakan penalti bagi menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-18.

Dalam pada itu, Phil Foden berpeluang menggandakan jaringan tetapi bola sepakannya sekadar berada atas garisan gol dan berjaya dihentikan oleh Denzel Dumfries untuk muncul sebagai penyelamat skuad Oranje.



Lima minit terakhir separuh masa pertama menyaksikan England menyerang benteng pertahanan Belanda dan mendominasi perlawanan.

Separuh masa kedua semestinya bakal menyaksikan saingan lebih sengit dengan Gareth Southgate dan Ronald Koeman bakal mencari tektikal terbaik untuk merobek gawang lawan masing-masing.