Menjelang perlawanan separuh akhir, England dan Belanda menambah baik barisan dalam kesebelasan utama bagi memperkuatkan pasukan untuk menempah slot ke pusingan akhir saingan EURO 2024, sebentar nanti.

Jordan Pickford kekal sebagai benteng terakhir skuad Three Lions Bersama barisan pertahanan Kyle Walker, John Stones, Kieran Trippier dan kepulangan semula pertahanan Crystal Palace, Marc Guehi.



Jentera tengah pula dibarisi pemain sama Ketika menentang Switzerland Declan Rice, Kobbie Mainoo dan Jude Bellingham.

Bahagian serangan England pula kekal Harry Kane sebagai penggempur utama bersama Phil Foden dan Bukayo Saka.

Manakala, pertahanan skuad The Oranje pula bakal dibarisi kapten Liverpool, Virgil Van Dijk bersama Nathan Ake, De Vrij dan Denzel Dumfries.



Jentera serangan pula menyaksikan Donyell Malen diberikan kepercayaan oleh Ronald Koeman untuk berada dalam kesebelasan utama selepas aksi cemerlang ketika berdepan Turkiye bersama Xavi Simons dan bintang Atletico Madrid Memphis Depay.