Harry Kane menegaskan England harus berbangga dengan kempen kelayakan Euro 2024 mereka walaupun hanya seri 1-1 dengan Macedonia Utara.

England menamatkan kempen dengan mendahului kedudukan dalam kumpulan mereka, enam mata di hadapan Itali cukup untuk menempah slot mereka di Jerman dengan berbaki dua perlawanan.

"Perlawanan yang sukar, kami tahu ia akan menjadi sukar menentang pasukan yang baik dan bermain di padang yang mengekang kami beraksi dengan gaya tersendiri", kata Kane menerusi Media Channel 4.

"Kami ketinggalan 1-0 selepas sepakan penalti diberikan kepada mereka. Ia masa yang baik untuk membuat serang balas dan mendapatkan gol semula tetapi malangnya kami tidak diberikan satu peluang pun,"ujar Kane.

England akhirnya berjaya menyamakan kedudukan beberapa saat selepas Kane dimasukkan sebagai pemain gantian dan memberikan sepenuhnya tekanan kepada Jani Atanasov untuk menjaringkan gol sendiri.

"Saya cukup pasti ia adalah gol sendiri," tambah Kane.