Pengendali Belanda, Ronald Koeman, menegaskan bahawa kelewatan perjalanan yang dialami oleh pasukannya tidak akan menjejaskan mereka menjelang perlawanan separuh akhir EURO 2024 menentang England, awal pagi ini.

Untuk rekod, England hanya menang sekali dalam Sembilan pertemuan terakhir ereka berdepan Belanda dalam semua pertandingan, tetapi Koeman menjangkakan pertemuan sukar menentang skuad Three Lions.

Belanda berjya melangkah ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Türkiye dalam peringkat suku akhir hasil jaringan Stefan De Vrij dan golsendiri olehMert Muldur.




"Ia tidak menjadi masalah, kami berehat dengan baik petang ini, kami berada dalam pesawat selamat 30 minit, kami boleh berehat malam ini.

"Kami tahu bahawa tidak ada banyak perbezaan antara kedua-dua pasukan, ia benar-benar 50-50 pada pendapat saya. Tetapi kami perlu bermain dengan baik dan sempurna untuk membenam England dan melangkah ke pusingan akhir.

"Kami tahu mereka mempunyai banyak kualiti individu tetapi kedua-kedua pasukan benar-benar kuat dan ia akan menjadi pertarungan yang bagus." katanya.