Menjelang pertemuan separuh akhir antara Belanda dan England menyaksikan suasana hangat di perkarangan stadium apabila terdapat penyokong kedua-dua pasukan.

Dalam satu video yang tular menyaksikan penyokong Belanda menyerang dengan membaling meja serta kerusi di dalam sebuah restoran yang dipenuhi penyokong England berhampiran stadium Signal Iduna Park.


Difahamkan pihak polis Jerman sedang mengawal suasana yang tegang di antara kedua-dua pasukan dengan berlakunya penangkapan penyokong yang bertindak agresif bagi memastikan sebarang kejadian tidak dimahukan tidak terjadi.

Pemenang separuh akhir bakal berdepan cabaran Sepanyol yang telah berjaya ke peringkat akhir selepas menewaskan Perancis 2-1, semalam.