Pelumba Red Bull, Max Verstappen, meletakkan harapan agar skuad Belanda berjaya melangkah ke pusingan akhir menewaskan England dalam saingan separuh akhir EURO 2024, awal pagi nanti.

Dia mendedahkan hubungan baiknya bersama pemain pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk, dan sering mengambil tahu perkembangan semasa sebelum dan selepas perlawanan melibatkan skuad The Oranje itu.

"Semestinya saya akan menonton perlawanan itu. Saya sentiasa menghantar mesej kepada Virgil Van Dijk sama ada sebelum mahupun selepas perlawanan.




"Sudah tentu, saya berharap Belanda akan menang. Maksud saya, ia bukan mudah tetapi diharapkan ia akan menjadi perlawanan yang hebat. Dan sebenarnya sudah tentu, ia akan menjadi hebat untuk berada di final." katanya kepada The Mirror