Skip to main content

Bola Sepak

Zouma dipinjamkan ke Stoke

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

22717kurtzouma.jpg
Pertahanan Chelsea, Kurt Zouma telah menyempurnakan perpindahan secara pinjaman ke Stoke City selepas melanjutkan kontraknya untuk kekal sebagai pemain Chelsea sehingga 2023.

Pemain berusia 22 tahun hanya membuat tiga penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu selepas pulih daripada kecederan ligamen lutut.

Kehadiran Antonio Rudiger dari Roma awal bulan lalu menggugat tempat Zouma dan dia bakal mengharungi musim 2017-18 di Stadium Bet365.

"Ia amat menakjubkan kerana Zouma memilih untuk memberikan komitmen jangka panjang bersama Chelsea," kata pengarah teknikal Chelsea, Michael Emenalo.

"Dia telah mempamerkan bakatnya sejak tiba tiga tahun yang lalu dan Zouma telah kembali pulih daripada kecederaan yang serius.

"Dia kini memiliki peluang untuk beraksi secara tetapdalam EPL dan kami akan memantau perkembangannya ketika bermain untuk Stoke."

Advertisement

Must Watch Video