Skip to main content

Bola Sepak

Zorc: Wenger perlu jaga pemain sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aubameyang-cropped_1ktgo99ss2nmv19gjihfgsrmkh.jpg
Pengarah Sukan Borussia Dortmund, Michael Zorc, melabelkan tindakan Arsene Wenger cuba mendapatkan khidmat Pierre-Emerick Aubameyang sebagai “biadab” sambil mengingatkan pengurus itu mengenai pasukannya sendiri, Arsenal.
 
Dalam satu sidang media semalam, Wenger secara terbuka memuji perwatakan serta karier gemilang yang dilalui Aubameyang sehingga membuat Zorc berasakan bahawa pengurus dari Perancis itu sepatutnya lebih risaukan pemain-pemainnya sendiri.
 
Pemain berusia 28 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates setelah pemain sayap Gunners, Alexis Sanchez, dikatakan semakin hampir untuk menyertai Manchester United.
 
“Kami rasa agak biadab untuk bercakap tentang pemain daripada pasukan lain. Buat masa sekarang, tiada sebarang perbincangan dengan Arsenal.
 
“Wenger sepatutnya lebih risaukan prestasi pasukannya,” kata Zorc.
 
Ketegangan hubungan Aubameyang dan BVB dilihat semakin memuncak apabila penyerang Gabon itu diketepikan dalam aksi bertemu Wolfsburg pada hujung minggu lalu, dalam perlawanan yang berakhir seri 0-0.

Zorc menjelaskan penyerang Gabon itu sekali lagi diketepikan menjelang aksi Bundesliga menentang Hertha Berlin malam ini.

"Dia sekadar berlatih di Dortmund.

"Kami dapati ketika ini Aubameyang tidak berada dalam keadaan 100 peratus fokus dan ia adalah satu situasi yang sukar," tambahnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video