Skip to main content

Bola Sepak

Zlatan, Pogba akan kembali berdepan Hull City -- Mourinho

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mourinho-confirms-pogba-and-ibrahimovic-will-return-against-hull.jpg

Jose Mourinho mengesahkan bahawa Zlatan Ibrahimovic dan Paul Pogba akan kembali membarisi kesebelasan utama Manchester United dalam aksi separuh akhir Piala EFL berdepan Hull City.

Dua pemain itu direhatkan dalam kemenangan 4-0 ke atas Reading dalam aksi Piala FA pada Sabtu dan dijangka tidak akan beraksi dalam Piala EFL sebagai persiapan menentang Liverpool minggu berikutnya,

Bagaimanapun, Mourinho menegaskan bahawa kedua-dua pemain itu akan beraksi dalam perlawanan separuh akhir pertama di Old Trafford.

"Saya akan turunkan pemain yang tidak beraksi menentang Reading," Mourinho memberitahu wartawan apabila ditanya mengenai kesebelasan utama menentang Hull.

"Saya menurunkan pemain yang cergas pada Sabtu. Saya tidak akan berbicara tentang siapa menjadi pilihan utama tetapi kami hanya menurunkan pemain yang cergas, mereka yang tidak beraksi ketika berdepan West Ham.

"Dalam perlawanan seterusnya berdepan Hull City, saya akan menurunkan pemain yang cergas. Mereka adalah Zlatan, Pogba, Ander Hererra dan Antonio Valencia, mereka ini tidak beraksi pada Sabtu.

"Ini adalah perlawanan separuh akhir dan satu perlawanan besar buat Hull City dan saya tidak tahu sama ada mereka lebih mementingkan aksi dalam Liga Perdana Inggeris.

"Kami akan berdepan Liverpool, satu perlawanan yang besar tetapi pada masa sama, kami mahu ke final Piala EFL.

"Jadi, kami akan berikan segalanya dalam pertembungan ini. Kami akan cuba mengutip kelebihan bagi membawa bekalan selesa dalam aksi timbal balik."

Advertisement

Must Watch Video