Skip to main content

Bola Sepak

Zidane: Vazquez, Asensio adalah nadi Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marcoasensiozinedinezidane-cropped_arrrz1ykvpo61dgifcnwa6uqa.jpg
Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, menyifatkan dua pemain sayap, Lucas Vazquez dan Marco Asensio, sebagai tonggak penting dalam pasukannya.

Vazquez menjaringkan gol penyamaan sementara Asensio mempamerkan aksi tanpa had ketika membantu Los Blancos menundukkan Leganes dalam saingan LaLiga, awal pagi tadi untuk membolehkan mereka berada di tangga ketiga.

Kehadiran dua pemain Sepanyol itu tampak berkesan walaupun Madrid turun tanpa bintang utama, Cristiano Ronaldo, yang direhatkan serta Gareth Bale yang berada di bangku simpanan.

"Saya rasa mereka sentiasa penting buat saya. Saya gembira melihat aksi Vazquez dan dia berhak meraikan jaringannya," kata Zidane dalam sidang media selepas perlawanan.

"Dia berjuang sejak sebelum perlawanan bermula. Walaupun tidak begitu sihat, dia dan Asensio melalui perlawanan yang hebat, sama seperti Mateo Kovacic.

"Kami mahu meneruskan aksi cemerlang ini. Sebelum ini, kami melalui situasi sukar, jadi prestasi ini harus diteruskan," tambahnya.

Keberkesanan pemain yang diturunkan membuat tugas Bale menjadi mudah apabila dibawa masuk tatkala Zidane berhati-hati menggunakan khidmat pemain yang sering dihantui masalah kecederaan itu.

"Saya gembira dengan Bale, kami harus perlahan-lahan mengikuti perkembangannya.

"Apa yang kami mahukan adalah melihatnya kembali ke prestasi terbaik dan kini segalanya tampak berjalan lancar.

"Real Madrid kini berada di tahap terbaik dan saya gembira dengan semua pemain," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video