Presiden Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF), Noel Le Graet, menafikan bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, akan mengendalikan pasukan kebangsaan sambil menegaskan Didier Deschamps akan terus membimbing pasukan sekurang-kurangnya sehingga 2020.
Zidane melakar kejutan apabila meletakkan jawatan di Santiago Bernabeu hanya lima hari selepas membawa Los Blancos menjuarai Liga Juara-Juara Eropah buat kali ketiga berturut-turut.
Pengendali berusia 45 tahun itu dikaitkan dengan jawatan di Perancis yang kini dipegang oleh bekas rakan sepasukannya dalam skuad juara Piala Dunia 1998, Deschamps.
Bagaimanapun, Le Graet menegaskan Zidane tidak akan memegang jawatan itu sebelum 2020.
"Zidane boleh menyertai Juventus esok, saya tidak tahu apa-apa tentangnya. Anda telah mengejutkan saya tetapi jangan cuba wujudkan perdebatan Zizou-Deschamps," katanya.
"Kami memulakan Piala Dunia bersama Deschamps. Dia menandatangani kontrak sehingga sekurang-kurangnya 2020. Bayangkan jika saya tidak melakukannya. Jadi, kini ia lebih selamat dan tiada sebarang masalah.
"Tidak akan ada sebarang perbincangan dengan Zidane dalam masa beberapa tahun ini. Jika saya bertemunya, kami akan berbual tetapi Deschamps akan tetap mengendalikan pasukan sehingga 2020 atau mungkin lebih lama," ujarnya.