Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, tidak menyatakan sebarang kerisauan walaupun tonggak utama Real Madrid, Cristiano Ronaldo, telah mengharungi dua perlawanan tanpa sebarang jaringan.
Pengendali dari Perancis itu berjaya memacu anak buahnya untuk bangkit daripada kekalahan di tangan Real Betis sebelum ini, apabila menewaskan Alaves 2-1, awal pagi tadi, hasil dua jaringan Dani Ceballos.
Dua percubaan Ronaldo terkena tiang gol, menjadikan pemain berusia 32 tahun itu kini mengumpul 18 percubaan tanpa sebarang jaringan dalam saingan LaLiga musim 2017/18.
Bagaimanapun, Zidane tidak mahu menekan butang panik dan percaya Ronaldo tahu apa yang perlu dilakukan.
"Apabila anda tidak berjaya menjaringkan gol, anda pasti kecewa tetapi bagi Ronaldo, dia kekal tenang.
"Dia mahu mencatat jaringan dan berpeluang melakukannya. Kita semua tahu bahawa dia mampu melakukan perubahan," kata Zidane.
Dalam masa sama, Zidane memuji aksi Ceballos sambil menjanjikan jaminan masa depannya bersama pasukan utama skuad Los Blancos.
"Saya gembira dengan perkembangannya. Dia sudah bersedia untuk bermain dan membuktikannya pada hari ini dengan dua gol.
"Saya gembira kerana dia adalah seorang pemain yang sentiasa mahu belajar dan pastinya dia akan meraih lebih banyak peluang.
"Bukan sekadar jaringan, Ceballos telah menampilkan aksi yang hebat," tambahnya.