Zinedine Zidane percaya kemenangan saat-saat akhir 1-0 ke atas Leganes dalam aksi suku akhir pertama Piala Raja Sepanyol akan menjadi titik mula kebangkitan skuad Real Madrid, musim ini.
Madrid turun tanpa beberapa tonggak utama seperti Cristiano Ronaldo, Gareth Bale dan Karim Benzema tetapi gol tunggal Marco Asensio membolehkan mereka menamatkan rentetan tiga perlawanan tanpa kemenangan.
Zidane, yang mengemudi pasukannya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah sebanyak dua kali berturut-turut sebelum ini, dilaporkan bakal meninggalkan skuad pada akhir musim ini selepas ketinggalan 19 mata di belakang pendahulu LaLiga, Barcelona.
Bagaimanapun, aksi di Butarque membuatn Zidane yakin mampu memenangi kejuaraan Piala Raja Sepanyol buat kali pertama sebagai pemain atau pengurus.
"Keputusan ini amat bagus buat kami kerana mengelakkan daripada dibolosi dan membawa bekalan jaringan ke tempat sendiri.
"Kami dapati aksi awal agak sukar tetapi ia perkara normal kerana kebanyakan pemain dalam kesebelasan utama jarang beraksi. Separuh masa kedua menyaksikan kami lebih selesa.
"Madrid perlu segera kembali ke landasan kemenangan dan perlawanan hari ini adalah permulaannya. Walaupun kami tidak mempamerkan aksi terbaik, kami telah meraih keputusan positif yang penting," kata Zidane.
Kemenangan di tempat lawan itu juga memberikan tamparan buat Zidane selepas Jesus Vallejo dan Dani Ceballos terpaksa dibawa keluar akibat kecederaan.
"Ceballos mengalami kesakitan dan ia memberi tamparan kepada kami. Dia tidak boleh meneruskan perlawanan dan terpaksa digantikan.
"Mengenai Vallejo, kami masih belum mengetahui tahap kecederaan itu.
"Apapun, saya gembira melihat Asensio menjaringkan gol kemenangan dan dia mampu terus meningkat dan menjadi lebih baik," tambahnya.