Skip to main content

Bola Sepak

'Zidane adalah Perancis' -- Mbappe dakwa Le Graet tidak hormati bekas bintang Les Bleus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kylian-mbappe_v94xgom5nvvb13gcfyy3qz5cz.jpg
Kylian Mbappe mendakwa Noel Le Graet tidak menghormati Zinedine Zidane selepas presiden Persekutuan Bolasepak Perancis memberikan respons meremehkan cadangan bekas jurulatih Real Madrid itu bakal menyertai Brazil.

Sabtu lalu, Didier Deschamps telah menandatangani kontrak empat tahun selaku ketua jurulatih Pearncis, membenarkan dirinya terus memimpin Les Bleus di Piala Dunia 2026.

Bekas bintang Perancis, Zidane, telah dikaitkan bakal mengendali negaranya sejak beberapa kali sebelum ini, termasuk selepas kekalahan aksi final Piala Dunia kepada Argentina bulan lalu.

Bagaimanapun, dengan jawatan itu bakal dihuni untuk beberapa tahun lagi, Zidane telah dicadangkan sebagai calon berpotensi untuk menggantikan Tite sebagai ketua jurulatih Brazil.

Ditanyakan mengenai Zidane bakal bergabung dengan Selecao, Le Graet memberitahu RMC tidak tidak mengambil kisah di mana pemenang Piala Dunia 1998 akan pergi dan tidak akan menjawab panggil daripada bekas pemain tengah itu.

Ulasan itu telah menghadirkan kritikan daripada bintang, Mbappe, yang berkata menerusi Twitter, "Zidane adalah Perancis, kami tidak menghina legenda seperti itu..."

Zidane telah menganggur sejak meninggalkan Real pada 2021, setelah membawa Los Blancos memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara dan dua gelaran LaLiga dalam dua musim di Santiago Bernabeu.
 

 

Advertisement

Must Watch Video