Skip to main content

Bola Sepak

Zhafri Yahya sahkan tunggakan KWSP wujud, mohon pengurusan selesaikan secara baik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zhafri.jpg
Kemelut yang membelenggu kelab Liga Super, Kuala Lumpur City, berkenaan isu pembayaran gaji dan tunggakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dilunaskan secara berperingkat meskipun hampir memasuki perlawanan minggu keenam saingan liga tempatan.

Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, mendedahkan skuad The City Boys itu menghadapi cabaran mengenai caruman KWSP yang tidak dibayar sejak Februari 2023 dan menuntut badan bebas, First Instance Body (FIB), untuk memberikan penjelasan mengenai dokumen serahan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Standley Bernard.

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, dalam repons segeranya kepada Fina Nasrom berkata kelab itu sudah mengemukakan dokumen yang lengkap dan mustahil pihaknya melakukan keputusan yang salah.

 
Dalam masa sama, pemain tengah sensasi, Zhafri Yahya, turut mengesahkan perkara tersebut wujud namun, pemain kebangsaan itu menegaskan bahawa terdapat persefahaman baik antara pemain dan pengurusan kelab untuk tidak merahsiakan situasi itu. 

"Saya menghargai usaha pengurusan untuk memberikan penjelasan yang sebenar susulan kejadian yang berlaku dan rakan seperjuangan saya juga bertindak secara profesional.

"Mereka mengakui untuk bertanggungjawab melakukan proses pembayaran secara berfasa dan saya menyeru pihak atasan untuk memperbetulkan khabar angin yang menidakkan masalah tersebut dan berkata benar kepada umum.

"Saya mengharapkan setiap pengurusan dapat menyelesaikan isu ini secara baik supaya mendapat kata sepakat bersama keseluruhan pemain," katanya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video