Zhafri Yahya belum tentukan masa depan bersama KL City

Muzaffar Musa
Februari 11, 2024 19:18 MYT
Pemain tengah berpengalaman Kuala Lumpur City, Zhafri Yahya, mengakui bahawa dia masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya bersama skuad Warga Kota itu
Dalam masa sama, pemain berusia 29 tahun itu tidak menafikan ada menerima tawaran daripada beberapa pasukan Liga Super lain untuk mendapatkan khidmatnya sejak tamat saingan musim lalu
Tambahnya, pihak pengurusan KL City juga sudah menyatakan hasrat untuk mengekalkan khidmatnya dan dia juga tidak menolak kemungkinan untuk mewakili The City Boys buat musim kelapan berturut.
Bagaimanapun, keputusan muktamad mengenai masa depannya hanya akan diketahui selewat-lewatnya bulan depan.
"Setakat ini memang ada tawaran cuma saya masih belum buat keputusan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Saya tidak boleh nak cakap lagi, mungkin bulan depan (akan buat keputusan).
"Setiap pemain perlu membuat keputusan, jadi saya harap penyokong dapat menghormati setiap keputusan yang pemain lakukan.
"Untuk diri saya, saya mahukan lebih banyak pencapaian dan saya mahu tingkatkan lagi prestasi berbanding sebelum ini," katanya.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Kuala Lumpur City FC #Zhafri Yahya #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia
;