Skip to main content

Bola Sepak

Zenit pecat Lucescu gara-gara terlepas Liga Juara-Juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

29517mircea-lucescu.jpg
Zenit mengumumkan pemecatan pengurus, Mircea Lucescu, selepas kelab itu gagal layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan.

Jurulatih berusia 71 tahun dari Romania itu membimbing Zenit untuk satu musim dan kelab itu mengesahkan kontrak Lucescu ditamatkan awal selepas mereka menduduki tempat ketiga dalam Liga Perdana Russia musim ini.

Lucescu membawa Zenit meraih enam kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir liga musim ini tetapi ia tidak cukup untuk menjamin tempat dalam pertandingan kelab elit Eropah itu pada 2017/18.

"Zenit mengucapkan terima kasih kepada Lucescu dan staf kejurulatihannya di atas semua kerja keras mereka.

"Kami mengharapkan yang terbaik untuk Lucescu dalam langkah kerjaya seterusnya," kata satu kenyataan ringkas Zenit.

Lucescu, yang membawa Zenit untuk kejayaan tunggal Piala Super Russia pada Julai 2016, memenangi lapan gelaran Liga Ukraine ketika 12 tahun menjadi jurulatih Shakhtar Donetsk di antara 2004 dan 2016.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video