Skip to main content

Bola Sepak

Zenit ledak lapan gol dalam kebangkitan luar biasa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zenit.jpg
ZENIT 8 DINAMO MINSK 1
(Zenit mara dengan agregat 8-5)

Sepuluh pemain Zenit menjaringkan empat gol dalam masa tambahan untuk meranapkan impian Dinamo Minsk menerusi kemenangan sensasi 8-1 apabila bangkit daripada kekalahan pertama dalam aksi kelayakan Liga Europa, awal pagi tadi. 


Minsk berada dalam kedudukan selesa untuk layak susulan membawa bekalan 4-0 di tempat sendiri minggu lalu.

Bagaimanapun, dua gol Zenit pada setiap babak menyebabkan pertembungan itu berlanjutan lebih 90 minit sebelum empat gol lagi menyusul -- termasuk dua sepakan penalti -- bagi menjamin tempat mereka dalam aksi play-off dengan gaya yang luar biasa.

Artem Dzyuba menjadi pemusnah utama dengan melakar hatrik, dengan dua gol pertamanya hadir ketika permainan menuju 15 minit terakhir waktu sebenar. 

Zenit kemudian pincang susulan Leandro Paredes, yang menjaringkan gol pembukaan menerusi situasi sepakan percuma, dibuang padang ekoran kesalahan kedua ketika masa tambahan berbaki 18 minit.

Christian Noboa turut menemui sentuhan penyudah selepas Zenit kembali terancam apabila Seidu Yahaya meletakkan Minsk di depan menerusi agregat pada minit ke-99.

Aksi menjadi semakin mendebarkan sebaik jaringan Sebastian Driussi untuk mengimbangi kedudukan tidak lama kemudian manakala Dzyuba melengkapkan hatriknya selepas Zenit dihadiahkan penalti sebelum Robert Mak mencetak dua lagi gol pada masa kecederaan untuk mengubah nasib mereka. 

Zenit akan bertemu Molde yang menyingkirkan Hibernian 3-0 bagi merebut tempat di peringkat kumpulan.

Advertisement

Must Watch Video