Skip to main content

Bola Sepak

Zarif Irfan mampu bentuk keserasian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zarif-irfan.jpg
Penjaga gol simpanan skuad Harimau Malaya, Zarif Irfan Hashimuddin, memberi jaminan mampu membentuk keserasian menjelang aksi 'play-off' pertama kelayakan Piala Dunia Qatar 2020 menentang Timor Leste, Jumaat ini.

Pemain berusia 24 tahun yang buat kali pertama berada dalam skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu mengakui perlu meluangkan lebih masa bersama pasukan untuk meningkatkan keserasiannya bersama rakan sepasukan lain.

Baginya, keserasian tidak dapat dibentuk daripada perlawanan persahabatan sahaja kerana ia akan hadir dengan sendirinya dalam sesi latihan dan masa yang diluangkan bersama-sama.

"Keserasian itu ada, cuma perlu lebih kerjasama di atas padang.

"Apapun, ia pasti akan datang dengan sendirinya.

"Perlawanan persahabatan tidak dapat menjamin keserasian, jadi kami perlu lebih bersama sewaktu di luar padang," katanya.

Dalam pada itu, Zarif Irfan berharap akan diberikan peluang dan kepercayaan untuk beraksi buat kali pertama untuk membuktikan kebolehannya kepada Cheng Hoe.

Penjaga gol PKNS FC itu dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bagi menggantikan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy yang mengalami kecederaan.

"Kalau diberikan peluang untuk bermain, saya akan membuktikan kepada jurulatih.

"Jika tidak dapat sekalipun, saya akan terus menyokong rakan-rakan yang terpilih asalkan kami layak ke pusingan seterusnya.

"Kami akan mencari kemenangan selesa dalam perlawanan pertama (menentang Timor Leste)," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video