BOLA SEPAK
Zaquan Adha sedia jual meja snuker, terlalu rindu pemergian anak bongsu
Bekas pemain Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd Razak, mahu menjual meja snukernya ekoran terlalu rindu akan pemergian anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Raees, Rabu lalu.
Menerusi hantaran di Instagram, bekas pemain Negeri Sembilan itu menjelaskan perabot tersebut merupakan tempat dia dan isteri, Ayu Raudhah, memberikan bantuan pernafasan Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR) ketika kecemasan berlaku.

Iklan
Jenazah sebelum ini telah menjalani proses bedah siasat di Unit Jabatan Forensik, Hospital Rembau pada Selasa sebelum dibawa ke kediaman Zaquan untuk pengurusan terakhir Allahyarham.
Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi
Must-Watch Video